Media Pengajaran Kaedah RMB


SATU PENDEKATAN DINAMIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
ASAS LITERASI BAHASA MELAYU
e–BaTu

Set lengkap Kaedah Ransangan Membaca Bersistematik (RMB) memperkenalkan satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang disusun secara sistematik, kemas dan mudah ke arah penguasaan kemahiran membaca dan menulis. Ini juga adalah selari dengan keluaran terbaru kami yang dipanggil e-BaTu.

e-BaTu adalah akronim bagi Eja – Baca – Tulis. Pendekatan dinamik dalam pengajaran dan pembelajaran asas leterasi Bahasa Melayu ini adalah hasil daripada pengalaman, pemantauan dan perkongsian ilmu bersama guru yang dapat dirumuskan bahawa ada anak murid yang:
a)   Boleh eja tetapi tidak boleh membaca perkataan - mereka kenal huruf
b)   Boleh baca tetapi tidak boleh tulis huruf atau perkataan - mereka kenal gambar
c)   Boleh tulis tetapi tidak boleh baca - menyalin (copy writing)
dan mereka adalah merupakan sebahagian besar yang gagal dalam saringan Linus dan terpaksa menjalani proses pembelajaran yang khusus mengikut keupayaan mereka.

Modul Latihan e-BaTu disediakan untuk membantu murid-murid menguasai kemahiran asas literasi. Penyediaan modul ini berasaskan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh murid-murid Tahap Satu sebelum mereka melangkah ke Tahap Dua.

Modul e-BaTu mengandungi set : 


1.            Buku Bacaan 'Rajin Mengeja Pandai Membaca'

2.            Modul A – Latihan Asas

3.            Buku Latihan e-BaTu – Latihan yang disusun mengikut konstruk

4.            Media Pengajaran 1 - Carta

5.            Media Pengajaran 2 – Kad Imbasan


Modul Latihan e-BaTu diperkenalkan dengan harapan dapat memberi sinar kepada guru menyusun strategi untuk memberi ilmu pengetahuan, kemahiran dan kebolehan kepada murid-murid untuk menguasai konstruk asas yang disenaraikan dalam tempoh tiga tahun pertama persekolahan disamping murid dapat meningkatkan motivasi mereka dan self-esteem  daripada negative kepada positif.    



1. Buku Bacaan 'Rajin Mengeja Pandai Membaca' - Buku 1 dan 2


Memperkenalkan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia secara sistematik, kemas dan mudah ke arah penguasaan kemahiran membaca dan menulis.

Menguasai kemahiran abjad, vokal dan suku kata akan dapat membantu kanak-kanak membina perkataan ayat dan membolehkan mereka membaca dengan lancar dan tepat.


2. Modul Latihan A (Latihan Asas) 

5 buah buku latihan disediakan dan setiap latihan disusun mengikut kemahiran;
i.        Asas penulisan
ii.       Suku kata
iii.      Ejaan
iv.      Pemahaman
v.       Penulisan


 
Setiap modul disusun mengikut kemahiran. Pembelajaran secara ‘mastery’ akan dapat membantu kanak-kanak melaksakan aktiviti penulisan dengan lebih berkesan.


3. Buku Latihan e-BaTu (Latihan yang disusun mengikut konstruk) 

Terdapat 3 modul latihan iaitu 12 unit pembelajaran mengikut konstruk yang mewakili pecahan kemahiran mengeja, membaca, membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat. Setiap unit pembelajaran ini disediakan gambar-gambar yang dapat menarik minat murid dan mereka dapat memahami perkataan dengan lebih jelas. 






4. Media Pengajaran 1 - Carta 

Menyediakan 15 keping carta suku kata.
  • Carta huruf kecil  
  • Carta huruf besar  
  • Carta huruf vokal  
  • Carta suku kata kv  
  • Carta suku kata kvk 
  • Carta perkataan 
  • Carta ayat








5. Media Pengajaran 2 - Kad Imbasan 

Menyediakan 262 keping kad imbasan. 
  • Huruf kecil 
  • Huruf besar 
  • Huruf vokal 
  • Suku kata kv, kvk, kvkk, diftong, digraf, vokal berganding, kad pantun, kad perkataan bergambar dan kad bacaan bergred
 



Produk Kaedah RMB ini sesuai digunakan oleh murid-murid Pra-sekolah, Tahun 1, Program LINUS (Literasi), Pemulihan Khas, Protim (Tahun 2) dan Probim (Sek. Menengah).

Bahan-bahan ini disediakan oleh Puan Rosmimah binti Embi ~ Guru Inovatif / JU Kebangsaan, PROTIM, RROBIM dan Pemulihan Khas.







© Hakcipta Terpelihara 2000 - 2012.

12 comments:

  1. alhamdurillah..
    dgan ada nya buku ini sya percaya ia akn membantu anak2 kta dalam mengenali sebutan, ejaan, dengan lebih pntas. ia telah terbukti pd sya. tahniah..

    ReplyDelete
  2. saya berminat untuk membili buku2 ini,
    adakah ia dijual di kedai2 buku atau saya perlu dapat kn melalui email or call.

    ReplyDelete
  3. cikgu boleh terus call kami di Kaedah RMB kerana kami tidak mengedar buku-buku kami ke kedai-kedai buku. terima kasih :)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...boleh tak sy ingin memesan buku dan CD lagu melalui email? pihak puan boleh bg bank account details dan sy akan bank in..

    ReplyDelete
  5. simply_raha ~ w'salam.. boleh, anda boleh hubungi terus no ini 019 222 1879 (En Razali) untuk sebarang tempahan dan pembayaran.

    ReplyDelete
  6. Puan, ada tak rancangan pengajaran harian untuk program intervensi selama 3 bulan berdasarkan buku puan "Rajin Mengeja, Pandai Membaca"?
    -harap dapat bantu saya, guru daripada SMK Tengku Idris Shah, Kapar, Klang, Selangor. e-mail saya = farozy_upsi@yahoo.com

    ReplyDelete
  7. Bagaimana saya nk dptkan buku buku ini

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum. Dimana sy bleh dapatkan buku2 ni? Ank sy drjh 2 masih x boleh membaca. Ank sulung tadika dlu ada guna buku ni. Lps 3 bulan dia dh boleh membaca, alhamdulillah

    ReplyDelete
  9. Ya. Saya juga mencari buku ini.

    ReplyDelete
  10. Slmt malam puan... Macamana nak order buku-buku tu?

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum puan. Saya nak mohon izin guna lagu-lagu puan untuk kajian tindakan saya. fb:Zuhasnani Nani

    ReplyDelete
  12. Stainless Steel Plated Magnets - Titanium Muffler Stotler - TikTok
    Stainless Steel Plated Magnets titanium exhaust - Titanium Muffler Stotler titanium solvent trap - TikTok. titanium flashlight 0 Comments  Rating: 4.9 · ‎1,505 trekz titanium pairing reviews · ‎Price 2018 ford fusion energi titanium range: $

    ReplyDelete